Jom Follow..

Monday 10 February 2014

~Kelantan Jangan Tukar Status Tanah Padi Demi Masa Depan Negara.

~

#Nasional : Persekutuan Nasihat Kelantan Jangan Tukar Status Tanah Padi Demi Masa Depan Negara.

KOTA BHARU -Kerajaan Kelantan diminta memberi kerjasama untuk mempertahankan kira-kira 34,000 hektar kawasan padi di negeri ini daripada bertukar status tanah bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bekalan beras pada masa depan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, secara purata kira-kira 200 hektar setahun tanah padi di negeri itu telah ditukar status kepada kegunaan lain seperti kediaman.
“Jadi kalau kawasan tanah padi ini semakin berkurangan maka sudah pasti negeri ini tidak boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berkata, negeri itu mempunyai kira-kira 29,000 hektar tanah padi di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dan 5,000 hektar di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin, Semerak.
“Kawasan tanah padi ini perlu digazet agar tidak diubah syarat, ini perlu sama-sama bincangkan bagi mengatasi masalah berlaku kekurangan bekalan,” katanya.



No comments:

Post a Comment