Jom Follow..

Wednesday 26 March 2014

~ FITNAH serpihan Air France dikatakan milik MH370..!?!

Jangan percayakan fitnah yang telah tersebar di internet yang mengatakan pasukan SAR Pesawat #MH370 di Australia telah menjumpai serpihan pesawat.. gambar ini adalah milik nahas pesawat Air france's pada 2009..

~ Apa itu KOTAK HITAM yang sebenarnya berwarna Jingga (Oren)..!?!

Kotak hitam atau Black Box adalah sekumpulan peranti yang digunakan dalam bidang Pengangkutan - umumnya merujuk kepada Perakan Data Penerbangan (Flight Data Recorder; FDR) dan Perakam Suara Kokpit (Cockpit Voice Recorder; CVR) dalam Pesawat (Kapal Terbang)
Fungsi dari kotak hitam sendiri adalah untuk merakam pembicaraan antara Pilot  dan Pemandu Lalu Lintas Udara atau Air Traffic Control (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan. Walaupun dinamakan kotak hitam tetapi sesungguhnya kotak tersebut tidak berwarna hitam melainkan berwarna jingga (oren). Hal ini dimaksudkan untuk memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kecelakaan.

Penempatan kotak hitam ini dilakukan sedemikian rupa sehingga mudah untuk ditemukan. Umumnya terdapat dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat, yang diyakini merupakan bahagian yang mudah untuk ditemukan.

Terdapat berbagai versi dalam penemuan kotak hitam atau alat perakam dalam dunia penerbangan. Terlebih lagi ketika kecelakaan pesawat terbang, seringkali pesawat hancur sehingga sulit dicari sebab kecelakaan tersebut. Hal tersebut mendorong Dr.David Warren, seorang ahli ledakan, membuat alat yang dapat merekam semua informasi sebelum terjadi kecelakaan. Ideanya diambil dari sebuah alat tape recorder yang berukuran saku, dan disain dibuat di Australia, untuk dilanjutkan menjadi alat yang merakam semua arus komunikasi dalam penerbangan. Alat ini ini boleh merakam suara pilot dan semua data yang diterima dari 8 alat yang berbeza. Semua data ini bisa dipisah dan menghasilkan data yang tepat tentang penyebab kecelakaan. Alat ini kemudian dirancang untuk digunakan dalam perawatan dan pemeliharaan pesawat. Sehingga diketahui bahagian mana yang mengalami tekanan.

Alat rakaman ini kemudian dimasukkan dalam kotak baja yang kuat untuk menjaga agar tidak akan hancur ketika kecelakaan pesawat. Kotak ini kemudian dilapisi Asbes tahan api sehingga kabel-kabelnya tidak ikut rosak kerana panas. Masalah lain adalah ketika pembicaraan para pilot selama penerbangan tersiar ke masyarakat umum dan disalahgunakan. Untuk mengatasi ini, dibuatkan komputer khusus yang disambungkan ke perakam. Dengan bantuan grafik, akan dihasilkan gambar dari setiap kejadian.

Istilah kotak hitam muncul ketika selepas pertemuan mengenai perakam penerbangan komersial pertama yang dinamai "Red Egg" karena warna dan bentuknya, seseorang berkomentar: "Ini adalah kotak hitam yang menakjubkan". Kotak hitam adalah istilah yang lebih humoris dan hampir tidak pernah digunakan dalam industri keselamatan penerbangan.Perakam ini secara umum tidak berwarna hitam, namun biasanya oranye terang (lihat gambar) karena ditujukan agar mudah dicari dan ditemukan setelah terjadi suatu insiden.

~ Ustaz oh Ustaz..!?! Al-Fatihah dibaca untuk Kematian aje ke..?!?


~ Ada juga Cina kat Malaysia yang Pertahankan Saudara Islam..!?!


~ Fox News MH370 - Islam Malaysia Adalah Pengganas..!?!



#BoycottCNN :Tragedy #MH370 dikaitkan dengan Orang ISLAM sebagai PENGGANAS oleh Fox News penghinaan dinyatakan berulang kali dengan mengatakan bahawa Pilot dan Co-Pilot adalah Pengganas ISLAM, Sebagai umat islam di Malaysia mohon maklum perkara ini dan sebarkan, sekiranya perlu kita boleh mulakan boikot seperti CNN ( Boikot CNN )

Thursday 20 March 2014

~ Kepakaran KOMANDO ATM dihantar mengesan Pesawat MH370..!?!

Keputusan ini dinantikan GPB dalam Operasi SAR MH370 yang sudah memasuki hari ke 12 bila MINDEF sudah bagi Green Light arahkan sekumpulan komando elit ATM dihantar membantu operasi .

Kalau disebut Komando sudah tentunya dihantar mungkin dari GGK iaitu pasukan khas naungan ATM kerana ia ditugaskan mengesan di kawasan Koridor Utara iaitu meliputi negara India , Kazakstan , Pakistan & lain-lain . Lokasi dituju dalam misi ini sudah tentunya rahsia kerana membabitkan keselamatan.

Walaupun beberapa negara di koridor utara mendakwa gagal mengesan pesawat MH370 memasuki ruang udara mereka contohnya India , penghantaran pasukan komando ini dibuat sejurus selepas taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara .



GPB tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung taklimat tergempar ini tetapi sebagai rakyat kena yakinlah dengan usaha kerajaan & pasukan keselamatan kita.

Kadang-kadang ada perkara yang tak boleh diberitahu kerana ia boleh ganggu operasi selain menambah lagi kerisauan ahli keluarga penumpang . 




Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.
“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.

Sabtu lalu PM memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. - hmetro - 

Monday 17 March 2014

~LAYAN.!! Lagu khas untuk Anwar..!?!

~Inikah dia Lakonan Hidup? Di Pentas Dunia "Anwar Ibrahim" Berpura..?!?

~Cuba Sembunyikan sesuatu ke..?!? Macam ada yang tak kena ajer bila Anwar Kondem kerajaan Insiden MH370..!?!

~Kenapa Anwar Ibrahim beria-ia salahkan Kerajaan insiden kehilangan pesawat MH370? Macam ada perkara yang cuba diselindungkan aje?! Yang penyokong nya dari PAS pun sama naik..!?! Macamlah pihak kerajaan tak buat apa-apa tidur aje tak perasan la plak.. Nak cuba alih perhatian daripada apa sebenarnya ni..!?


Tuesday 11 March 2014

~ 2000 orang aje Penyokong Wan Azizah Calon Letak Jawatan 2.0 PRK Kajang..!?!



~ Karpal Singh dihukum denda RM4000 oleh Mahkamah Tinggi..!?!

KARPAL SINGH DIDENDA RM4000 HINA SULTAN PERAK......
Ahli Parlimen DAP Bukit Jelutong, Karpal Singh dihukum denda RM4000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak.
Hakim Azman Abdullah berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti fakta kes dan kepentingan awam, termasuk faktor umur dan keadaan kesihatan Karpal.
Karpal, 73, didapati mengeluarkan kenyataan berhubung pengguguran Datuk Seri Mo...hammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.
Beliau berkata bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Susulan denda itu, peguam yang juga anaknya, Gobind Singh mengesahkan Karpal Singh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sementara menunggu rayuan difailkan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.
Di luar mahkamah, beberapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kelihatan hadir di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta lengkap dengan sepanduk bagi mendengar hukuman dan menzahirkan sokongan terhadap Ahli Parlimen DAP Bukit Jelutong, Karpal Singh. - BNBBC.

~TV3 & Kapten Norudin #PrayForMH370 #DoakanMH370 #DoaUntukMH370

Friday 7 March 2014

~ Kenyataan Media katanya kerja jahat Umno BN..!?!

(Setelah tertekan dgn laporan polis yg di buat terhdpnya... kelam kabut pulak dia buat kenyataan media -)

KENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN MENGHINA POLIS
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.

Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.

Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.

Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat. Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:

"Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya."

Dr Afif Bahardin

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

ADUN Seberang Jaya.




~ BUKTI TERLEBIH CUKUP SABITKAN ANWAR..!?!

Muhammad Shafee Abdullah bercakap sesuatu kepada wartawan selepas penangguhan mendengar rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
PUTRAJAYA 6 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disabitkan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ekoran bukti-bukti yang dikemukakan mencukupi malah terlebih cukup untuk mendapatinya bersalah.

Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes terbabit menyatakan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu walaupun menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak pernah menyangkal bahawa beliau berada pada masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam tuduhan.

Selain itu, Muhammad Shafee menghujahkan, Anwar tidak pernah sekali pun memanggil saksi alibi bagi menyokong keterangannya di samping tidak berani untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Tidak cukup dengan itu, keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh lebih bersifat jahat kerana sebahagian besar kenyataannya hanyalah menyalahkan orang lain di samping menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik.

Beliau berkata demikian pada prosiding rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Prosiding hari ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Terdahulu, peguam terbabit menyatakan persoalan utama yang perlu diputuskan ialah sama ada asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh telah dikacau ganggu (tempered).

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah faham bahawa botol-botol berisi spesimen telah dikacau ganggu oleh pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira sedangkan saksi pendakwaan ke-25 itu hanya memotong beg plastik yang berisi 11 botol sampel.

Judy dalam keterangannya sebelum ini menyatakan, dia berbuat demikian kerana mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus dan ditanda secara berasingan sebelum dimasukkan di dalam beg plastik besar.

Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa botol-botol sampel yang berisi calitan putik kapas yang diambil dari pelbagai bahagian tubuh Mohd. Saiful Bukhari termasuk dubur dan rektum tidak mempunyai sebarang tanda telah dikacau ganggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut menyatakan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan pertama.

Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Muhammad Shafee dalam hujahnya turut menyatakan, segala dakwaan konspirasi Anwar adalah tidak berasas.

"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Judy telah bersubahat dengan ahli-ahli kimia untuk mengganggu sampel DNA.

"Sekiranya adapun, dari mana pegawai penyiasat hendak mendapatkan sampel air mani Anwar yang berusia empat hari bagi menunjukkan adanya kesan degredasi.

"Manusia biasa pun akan melindungi atau menjaga air maninya, inikan pula seorang kenamaan yang mendakwa sentiasa terdapatnya konspirasi untuk menjatuhkannya, maka mestilah beliau lebih menjaga dan melindungi air maninya daripada disalahgunakan," katanya.

Tambahnya, kredibiliti saksi-saksi pakar yang dibawa dari luar negara oleh Anwar juga diragui kerana hanya bersandarkan kepada buku teks dan manual sedangkan saksi-saksi pakar pendakwaan terlibat sendiri dalam proses menganalisis DNA.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menghujahkan bahawa mahkamah hari ini perlu mengambil kira bukan sahaja bukti yang telah dikemukakan tetapi juga pemerhatian yang dibuat oleh hakim yang menjalankan perbicaraan.

Tambahnya, Mahkamah Rayuan tidak seharusnya mendengar hujah pihak pendakwaan yang hanya bertujuan meracuni pemikiran mahkamah.

Seorang lagi peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula ketika berhujah menyatakan, mahkamah seharusnya menolak rayuan ini atas alasan saksi pakar dalam keterangannya menyatakan telah berlaku pencemaran dalam sampel-sampel DNA yang diambil.

Pendengaran rayuan bersambung esok dengan Muhammad Shafee akan membalas hujah peguam-peguam Anwar - UTUSAN.