Jom Follow..

Thursday, 27 February 2014

~ Hakikat Sebenar BR1M yang diibaratkan seperti Hampas Kelapa..!?!

1. BR1M adalah langkah selaras Subsidi Pukal kepada Subsidi Bersasar. 
Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan satu langkah penyelarasan pemberian subsidi dengan mengubah dasar pemberian iaitu daripada subsidi pukal kepada bersasar bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil.

Penyelarasan tersebut perlu dilakukan kerana pelaksanaan subsidi ketika ini dilihat terdedah kepada pembaziran dan ketirisan termasuk dinikmati golongan yang tidak sepatutnya seperti pelancong dan pekerja asing.

Contohnya petrol RON95, setiap liter ada 63 sen subsidi oleh kerajaan. Bayangkan beza pengguna kereta berkapasiti rendah dan tinggi yang menikmati subsidi petrol yang sama. Mana adilnya? Tidak adil.

Jadi harus ubah dasar itu daripada subsidi pukal kepada bersasar. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ialah contoh subsidi bersasar.  Kurangkan subsidi pukal berperingkat-peringkat dan pindahkan penjimatan itu kepada rakyat melalui BR1M,

Nilai yang diterima oleh rakyat pada BRIM 3.0 adalah berjumlah RM700 dimana RM650 dibayar secara tunai dan perlindungan insurans kepada semua pemohon BR1M bernilai RM50. Perlindungan insurans tersebut menjanjikan pampasan bernilai RM30,000 sekiranya seseorang itu meninggal dunia akibat kemalangan.

BR1M kali ini telah dinaikkan daripada RM500 sebelum ini kepada RM700 yang mana RM650 dibayar secara tunai melalui akaun bank atau baucer manakala RM50 lagi untuk insurans takaful.

Sekiranya pemohon meninggal dunia, pampasan bernilai RM1000 akan diterima dan sekiranya pemohon meninggal dunia kerana kemalangan waris akan menerima pampasan bernilai RM30,000,

Kaedah pemberian baru menggunakan akaun bank ini merupakan satu kaedah yang dapat meringankan beban rakyat selain dapat memendekkan masa bagi menyelesaikan bayaran kepada semua pemohon.

Hampir 7 juta penerima telah menerima bantuan tersebut dan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.5 Bilion pada BR1M kali ini.

2. Pemberian BR1M mengikut Syariat Islam.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam seperti sepotong hadis yang berkata Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.

“Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah. Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid” 



3. Manfaat Insuran i-BR1M seperti Perlindungan akibat Kematian Biasa dan Kemalangan serta Hilan Upaya Kekal.
i-BR1M menyediakan nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.









































~ Tun Mahathir menjawab isu beliau dituduh sebagai Anti Hadis..!?!

1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
 15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Tuesday, 25 February 2014

~ Hadi Awang kena Saman RM2 Juta tu..!?!


Zaid mempersoalkan sikap Anwar yang berdiam diri dalam isu berkenaan.

“Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong PR?.

“Saya tidak berhasrat mempersoalkan keputusan mahkamah tinggi, namun saya percaya tidak semua perkara harus diselesaikan menerusi saluran undang-undang. Bagaimanapun, sebagai peguam, (saya akui) tiada halangan kepada sesiapa termasuk wakil PKR untuk mengemukakan saman atas kenyataan umum yang dibuat oleh Presiden Pas,” katanya.



Calon Bebas yang akan menentang Anwar pada PRK Kajang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Ketua Umum PKR itu tidak berbuat demikian, ia hanya akan menyerlahkan keangkuhan PKR terhadap sekutunya, Pas.

“Dari segi moral, tindakan calon PKR di Terengganu (pada PRU13) menyaman Presiden Pas hanya menunjukkan kecelaruan jelas dalam kerjasama parti komponen PR.

"Namun, pada saya, isu ini tidak harus dilihat secara sempit kerana ianya lebih besar, iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan serius PKR dengan Pas,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul.

- kredit kpd networkedblogs

Friday, 21 February 2014

~ Karpal Singh bersalah terhadap Sultan Perak..!?!



~ Sorry! Teresa Kok Lupa nak Touch-Up..!?!


~ ada yang nak kena pelempang 'back-hand' plak ni kut..?!?

~ SYABAS saman Rafizi..!?!

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini membuat keputusan ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan ‘fitnah dan tidak benar’ mengenai tanggungjawab mencegah pencemaran sungai serta empangan.

“Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan YB Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak berasas. Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

“Justeru itu, pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali,” kata SYABAS dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan media itu dikeluarkan menerusi Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred. Malah kenyataan Rafizi seolah-olah menuduh SYABAS melakukan sabotaj.

“SYABAS seolah-olah membuat serangan politik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menganggu bekalan air yang berterusan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Antara perkara utama yang dibidas Rafizi ialah tindakan SYABAS yang didakwanya menyalahkan faktor semulajadi termasuk kemarau sebagai punca krisis air di negeri itu sekarang.

Kata Rafizi, alasan SYABAS bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan jika berlakunya hujan tidak boleh diterima.

Rafizi turut memaklumkan mahu membangkitkan perkara itu di sidang Parlimen akan datang selain menggesa SYABAS mengambil tindakan secepat mungkin dengan menggunakan proses kimia.


Rafizi berkata demikian dalam satu sidang media berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi pada 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat.

kredit - Semut Hitam

Thursday, 20 February 2014

~ Simbah Cat Sendiri ke..!?!

~kredit kpd Papa Gomo.

~ Waythamoorthy mahu RM750juta terus kepada beliau..!?!

BEKAS timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan.

Memetik sumber-sumber kerajaan, jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.
“Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan,” kata sumber itu.

Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy yang juga Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) ketika menjadi Timbalan Menteri turut berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.

“Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India.
“Dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan beliau,” menurut sumber-sumber kerajaan itu.


Sumber itu berkata pendekatan kerajaan untuk menangani isu kaum India adalah secara sederhana dan berperingkat-peringkat, kerana ia mengambil kira aspek praktikaliti dan sensitiviti pihak lain dalam kerajaan.

“Kerajaan memberi peruntukan RM750 juta kepada kau India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

“Kerajaan berusaha selesai isu melibatkan kaum India melalui pelbagai saluran,” katanya.

Sumber itu berkata selain itu, banyak tuntutan yang dibuat oleh Hindraf kepada kerajaan adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Barisan Nasional (BN) dan tuntutan itu sukar untuk ditunaikan.

Kenyataan itu dibuat menjawab beberapa kritikan diberikan Waythamoorthy ketika muncul dalam satu sidang media hari ini.

Waythamoorthy muncul buat kali pertama selepas kira-kira seminggu meletakkan jawatnnya dalam kabinet.

Waythamoorthy turut meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara.

Dalam sidang media yang sama, beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pembohong dan khianat kepada komuniti India.

Wathamoorthy turut menggesa Najib meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.

Sememtara itu, tweet Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di bawah mengesahkan bahawa Waythamoorthy telah membuat tuntutan dalam jumlah yang besar terus ke bawah namanya.


SEMENTARA itu Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.

Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya.

Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.

“Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri,” kata Khairy.
Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.

Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan.

Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India. – Mynewshub.my

~ Khutbah Jumaat HARAM di Penang..?!?

~kredit kpd Jas Salleh.

~ Siapa Layak jadi MB Selangor..?!?


Wednesday, 19 February 2014

~Sebab nak jadi PM, Anwar tubuh satu Parti..!?!


~ Anwar tidak layak jadi Menteri Besar - Tun Mahathir..!?!

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau sememangnya bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi menteri besar Selangor sekiranya ketua pembangkang itu menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti.

Dalam nada sinis, bekas perdana menteri itu berkata beliau bimbangkan nasib yang bakal menimpa rakyat negeri itu jika Anwar berjaya mencapai hasratnya.
-Astro Awani.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/anwar-tidak-layak-jadi-menteri-besar-tun-mahathir-30389?cp

Tuesday, 18 February 2014

~ KENYATAAN MEDIA dr Dato Dr Zulkifli Nordin..!?!

KENYATAAN MEDIA dr Dato Dr Zulkifli Nordin..

Saya mengecam keras tindakan Anwar Ibrahim & pihak pengurusan Gereja Holy Family, Kajang yang mengadakan program ceramah oleh Anwar pada hari Ahad 16 Feb yang menyentuh isu kalimah Allah di Gereja Holy Family selepas upacara ritual mereka.

Antara lain Anwar dalam ucapannya cuba menghalalkan kristian mengguna kalimah Allah dengan membuat perbandingan bahawa kristian tidak boleh menyebut 'Alhamdulillah' tetapi 'alhamdu lord'.

Sikap Anwar ini dan kegiatan Gereja Holy Family ini jelas secara terang mempertikaikan titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian di Selangor.

Kedua, ianya jelas cuba menganjurkan penganut kristian Selangor supaya melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pendakyahan Agama Bukan Islam Selangor.

Ketiga, ianya penghinaan kepada titah Tuanku YDP Agong yang telah menitahkan kalimah Allah tidak boleh digunakan selain Islam.

Tindakan mereka ini juga jelas menunjukkan mereka tidak menghormati & membelakangkan Rukunegara yang memperuntukkan Kesetiaan kepada Raja & Negara serta Keluhuran Undang-Undang.

Saya mendesak pihak berkuasa supaya tidak lagi segan silu untuk mengambil tindakan terhadap Anwar dan pihak gereja yang semakin kurang ajar dan tidak langsung mengerti menghormati undang-undang negara.

Berapa lama rakyat mahu dibiarkan dengan sikap toleransi super-tinggi oleh pihak berkuasa yang kelihatan terlalu berhati-hati dalam kes membabitkan Anwar dan pihak gereja ini.

Jangan sampai umat Islam hilang sabar dan mengambil tindakan kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada sistem perundangan dan penguatkuasaan kita.

Sekian terima kasih.
!
Yang benar

Zulkifli Noordin
17 R'Akhir 1435
17 Feb 2014

~ LYING KING..The Movie..!?!


~ PRK Kajang: .. Ada 'Agenda Tersirat' - Noh Omar..!?!

Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar melihat punca sebenar sehingga terjadinya Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini bukanlah kerana masalah dalaman PKR sebaliknya ada `agenda tersirat' yang sedang diperjuangkan oleh pihak pakatan PKR-DAP- PAS di negeri Selangor ini. 


Ujarnya, kalau ianya berkaitan dengan masalah dalaman PKR sehingga menyebabkan ada PRK, ini menunjukkan Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang berwibawa dan tidak ada integriti.

"Kalau dia pemimpin yang berwibawa dan berintegriti yang juga Penasihat kepada PKR, tidak ada sebab dia nak melibatkan rakyat, dia nak libatkan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR, tidak perlu dia nak minta ADUN yang ada untuk meletakkan jawatan.

Pergolakan politik ini biasa, hanya ketua yang berintegriti, berwibawa dan dihormati yang mampu untuk menyatu-padukan balik parti tanpa perlu melibatkan rakyat sehingga mengadakan pilihan raya kecil. jadi ini semua hanya gimik politik pakatan sahaja," ujarnya.


Tambahnya, ini gimik, hanya untuk dijadikan alasan untuk menipu rakyat. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka juga tidak konsisten dalam mengulas sebab-sebab PRK itu diadakan.

"Anwar kata dah bincang dengan parti-parti dalam pakatan tetapi sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP dan PAS. Anwar Ibrahim sendiri pun, sentiasa berdolak-dalik. Kejap kata nak jadi Menteri besar, kejap kata Khalid akan kekal Menteri Besar. Dulu pun dia kata dia bukan calon, tapi dalam masa yang sama, Khalid umum Anwar akan wakili PKR di Kajang.

Jadi ini menunjukkan bahawa PRK ini hanya untuk memuaskan hawa nafsu politik Anwar Ibrahim, yang mungkin juga ada kaitan dengan kes mahkamahnya sepertimana yang kita tahu. Dulu pun pernah berlaku sewaktu kes dia di Mahkamah Tinggi, pada masa itu dia buat PRK juga, Wan Azizah letak jawatan di Parlimen Permatang Pauh.

Jadi, saya nampak ia ada kaitan, agenda peribadi untuk mengalihkan perhatian apa yang berlaku di mahkamah dengan membuktikan bahawa dia merupakan pemimpin yang disukai oleh rakyat. itu sahaja agenda dia, bukannya untuk menyelesaikan masalah dalam PKR," tambahnya lagi.

kredit untuk : Sahabat Gunung http://networkedblogs.com/TRX9r

~ Masalah Dalaman PKR Senjata Utama BN..!?!

SHAH ALAM: Masalah dalaman PKR serta isu peletakan jawatan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh akan menjadi senjata utama kempen BN dalam PRK Dun Kajang.
Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, BN akan cuba menggunakan isu tersebut
sebagai kempen terhadap rakyat dan pengundi di Kajang.
“Masalah pokok di Dun Kajang ialah isu peletakan jawatan yang diambil mudah oleh PKR semata-mata kerana ingin memberi ruang seseorang yang berhasrat menjadi menteri besar.
“Jika BN berjaya merasionalisasikan dan menyedarkan rakyat bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh PKR, maka pengundi akan berfikir dua kali untuk memilih parti itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 20 peratus pengundi atas pagar akan memihak kepada BN sekiranya parti itu berjaya menyedarkan pengundi tentang isu ini di dalam kempen.

Katanya lagi, isu ini juga akan memberikan kesan besar terutama kepada penyokong Pas untuk tidak memihak kepada PKR dan menyokong BN.
“Pengundi sekarang dah bijak, mereka mampu berfikir. Ini bukan pertama kali PKR melakukan perkara sebegini.
“Jadi mungkin akan timbul beberapa kemungkinan dan kejutan, saya juga tidak menolak kemungkinan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tewas tipis," katanya.
Namun beliau berkata, kemungkinan Anwar menang adalah melebihi 50 peratus kerana majoriti 6, 000 undi dalam PRU13 sebelum ini memihak kepada PKR.
"Peratusan masih memihak kepada Anwar, namun ia tidak menjadi penghalang kepada BN untuk memberi saingan sengit dan kemungkinan untuk BN menang itu dalam politik sentiasa ada," katanya.
- Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/politik/masalah-dalaman-pkr-senjata-utama-bn-1.251951

~PR & Fitnah Berpisah Tiada..!?!


Friday, 14 February 2014

~Pemain Import Selangor..!?!


~KERAJAAN DAP BENARKAN PESTA MUZIK BIKINI PANTAI , MENGAPA PAS TAK BERANI BANTAH..?!?


3 hari lepas Pas Kedah membantah konsert tertutup Planet EUPE di Sg Petani dihadiri Yuna, Najwa Latif & artis K Pop anjuran pemaju perumahan di kawasan persendirian sampai nak kutip tandatangan penduduk sekitar .


Tapi bila dianjurkan Pesta Muzik Bikini hujung minggu di P.Pinang , Pas negeri seolah-olah tidak berani membantah program maksiat sepertimana di buat PAS Kedah . Sebaliknya PAS hanya berharap umat Islam tidak menghadiri aktiviti berkenaan .

Adakah sebab negeri ini ditadbir Dap & Guan Eng dan Kedah oleh Umno memungkinkan PAS terpaksa berkompromi ia dibenarkan di P.Pinang ?

Ini kerana dalam jawapan Ahli MPPP sendiri membenarkan pesta bikini berkenaan dijalankan disebabkan diadakan dalam premis persendirian yang berlesen .


Ini lah sikap double standard Pas seolah-olah memilih jenis MAKSIAT untuk dibantah !!



 Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, pesta muzik berbikini yang dijangka akan berlangsung pada hujung minggu ini boleh dijalankan jika ia berada di dalam premis.

“Sekiranya premis berkenaan sudahpun berlesen, jadi tidak ada masalah sekiranya mereka ingin adakan aktiviti dalam premis berkenaan, namun jika di luar mungkin ia menjadi kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun dari segi moral dan perlakuan sepanjang program berkenaan adalah bawah tanggungjawab polis.

“Tidak kiralah mereka berbikini atau sebagainya, kami tidak boleh mengambil tindakan atas apa perbuatan yang dilakukan melainkan pihak polis sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man melahirkan rasa kecewa jika ada orang Islam ataupun Melayu yang terlibat dengan mana-mana program maksiat.

Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai pesta muzik berbikini yang akan dijalankan di Pengkalan Weld pada 15 Februari ini.


Tertera melalui poster iklan yang tersebar luas melalui laman sosial itu juga turut disertai pemuzik berbangsa Melayu.

Salleh berkata, beliau berharap supaya umat Islam di negeri ini mahupun kawasan utara khasnya tidak terpengaruh dengan aktiviti sedemikian.

“Kalau boleh tak usahlah diadakan program yang melalaikan ini dan melampau sehingga mempamerkan pakaian bikini.

“Tambahan lagi orang pada masa kini sibuk dengan Valentines Day, sebaiknya umat Islam elakkan kerana ia sambutan yang merosakkan akidah kita,” katanya.SH

~KeTUANan DAP..!?!


Thursday, 13 February 2014

~MB oh MB..Selangorku..!?!


~BANGLA.. Tunggu Aku Datang..!?!



~ANWAR SEKADAR 'GILA BAYANG'..!?!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan desas-desus bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan tempatnya sebagai sekadar bayangan.

Desas-desus Anwar akan menjadi Menteri Besar Selangor dan meletakkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai penasihat ekonomi adalah sekadar bayangan.

Abdul Khalid memberitahu para wartawan supaya menulis berita dengan menggunakan perkataan 'bayangan' berhubung khabar angin itu.


"Saudara tulis sebagai bayangan sahajalah," katanya kepada pemberita sambil disambut dengan gelak tawa pegawai-pegawainya dalam sidang media di pejabatnya...

~DAP Paling Teruk, Tidak Beretika… Langgar Peraturan ROS, Langgar Perlembagaan Parti Sendiri..!?!

KOTA KINABALU, 11 Feb – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak hari ini membidas tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi memohon perintah membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menghalang pengiktirafan Jawatan Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.
Menurut beliau, apa yang jelas hari ini ialah segala permasalahan berhubung pemilihan CEC itu adalah hasil daripada aduan ahli-ahli parti DAP sendiri kepada ROS dan bukannya sengaja dilakukan ROS sendiri.
“Begitu banyak aduan yang diterima oleh ROS daripada ahli-ahli parti DAP sendiri. Antaranya tempoh notis yang tidak mencukupi, 800 lebih perwakilan yang layak mengundi tidak dijemput untuk pemilihan semula dan banyak lagi.
“Malah, ahli-ahli mereka sendiri berasa sangsi dengan kaedah pemilihan dan mengesyaki bahawa adanya penipuan dan manipulasi undi yang terjadi pada hari pemilihan. Jelas, bahawa segala aduan ini datang dari ahli mereka sendiri dan ROS hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah agensi yang memantau ketelusan perjalanan sesebuah pertubuhan,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Justeru itu, tindakan memfailkan permohonan bagi menghalang pengiktirafan ROS itu merupakan satu tindakan yang menurut Salleh sebagai satu cubaan untuk memperlihatkan kepada rakyat dan penyokong mereka, seolah-olah kepimpinan DAP yang menjadi mangsa dalam soal ini.
“Sedangkan pemimpin-pemimpin parti dan juga ahli DAP sendiri yang merupakan penyebab kepada berlakunya segala perkara yang akhirnya mengakibatkan kepada pemilihan CEC kali kedua ini tidak diiktiraf oleh ROS.

“Ternyata, DAP cuba untuk mencipta satu senario yang menggambarkan seolah-olah mereka ini menjadi mangsa kepada ROS bagi mendapatkan simpati ahli, penyokong dan rakyat sedangkan hakikatnya pemimpin mereka sendiri yang melanggar undang-undang serta terus berdegil dan enggan membetulkan segala kesilapan mereka,”jelasnya.
Kata Salleh lagi, DAP sengaja menuduh ROS menzalimi parti tersebut dengan mencari pelbagai alasan untuk tidak mengiktiraf pemilihan CEC mereka yang diadakan kali kedua, semata-mata untuk mengalihkan segala kelemahan, kepincangan dan ketidaktelusan mereka kepada pihak lain, khususnya kerajaan BN.
“Saya lihat, tindakan itu adalah cubaan DAP untuk mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak lain. Pemimpin DAP, sepatutnya menjelaskan mengapa perkara ini berlaku dan mengapa tidak ada sebarang pembetulan kesilapan yang mereka lakukan di dalam pemilihan CEC ini seperti yang telah diminta oleh ROS berkal-kali.
“Saya mahu memperingatkan DAP bahawa UMNO sendiri sebagai parti pemerintah tidak pernah terkecuali daripada mengikuti peraturan dan undang-undang sepertimana yang berlaku dalam krisis UMNO pada tahun 1988.

“Tetapi apa yang dilakukan oleh kepimpinan DAP sebenarnya adalah lebih teruk dan tidak beretika kerana DAP bukan saja melanggar peraturan ROS tetapi sebenarnya kepimpinan parti tersebut telah melanggar perlembagaan parti mereka sendiri,” akhiri beliau. -MediaUMNO

~Pemimpin bertaraf dunia hadir tanpa penyokong..!?!


12 FEB : Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai pemimpin bertaraf dunia menghadiri perbicaraan Kes Liwat II tanpa sokongan seperti kes beliau sebelum ini.

Ketua Pembangkang itu tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.15 pagi ditemani isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak ada kelibat penyokong-penyokong beliau malah anaknya Nurul Izzah, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan lain-lain pemimpin utama pembangkang juga tiada.

Selain barisan peguam beliau yang diketuai Karpal Singh hanya Latefa Koya, Datuk Seri Chua Jui Meng dan N. Surendran.

anwarcourt
Anwar dan Wan Azizah tiba di mahkamah tanpa penyokong-penyokong seperti sebelum ini

Ketiadaan penyokong -penyokong tegas Anwar mungkin mnunjukkan mereka sudah bosan dengan kes membabitkan Anwar ataupun membayangkan beliau semakin hilang pengaruh dalam parti mahupuan dalam Pakatan Rakyat.

Malah, Anwar menerusi Twitternya malam Rabu menyeru penyokong-penyokong hadir termasuk Ketua Pemuda PKR Shasul Iskandar Mat Akin

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berdepan rayuan pendakwaraya berhubung pembebasan Anwar daripada pertuduhan liwat setelah beliau gagal menggugurkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan semalam.

Perbicaraan hari ini akan didengar panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Aziah Ali. Bersama beliau dua lagi hakim Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Setelah gagal menyingkirkan Shafee, Anwar dijangka akan membuat permohonan baru untuk mendapatkan kebenaran memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwat beliau, Supritendan Jude Blacious Pereiea untuk memberi keterangan.

Difahamkan permohonan Anwar ini bertujuan supaya mahkamah memutuskan sama ada keterangan Jude boleh lagi dipercayai setelah Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu menolak permohonan Jude untuk menjadi peguam bela dan peguam cara.

Sebelum hakim mendengar rayuan pendakwa terhadap keputuaan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar, mereka terlebih dahulu mendengar permohonan Karpal Singh untuk memanggil bekas Superitendant polis, Jude Blacious Pereira yang pernah menjadi saksi pendakwaan kes liwat II.

Pasukan pendakwa hari ini akan cuba mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa bukti DNA mungkin telah diusik.

Pereira adalah pegawai yang dikatakan mengambil sampel DNA berkenaan daripada doktor yang memeriksa Anwar.

Mahmakah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Desa Damansara pada 28 Jun 2008 apabila pihak pembelaan berjaya mwnimbulkan keraguan bahawa bukti DNA mungkin telah diusik.

Shafee pada Selasa memberitahu wartawan bahawa pasukannya akan membuktikan bahawa bukti DNA itu tidak pernah diusik.-bnbbcmy

~Rakyat KAJANG dijemput datang ke PERMATANG PAUH..!?!


Tuesday, 11 February 2014

~Cerita Sebenar The Drama King..!?!


~Ustaz Kazim Elias: Penyelewengan PAS sekian lama ini..!?!


~RAMAI TERKEDU DENGAN UCAPAN ANWAR..!?!


Ketika Anwar memperlekehkan Islam dan Melayu melalui lagu Warisan, Anak Kecil Main Api, hanya kelihatan Cina gelak tertawa besar dan orang Melayu terdiam. Apabila Anwar meletakkan simbol segitiganya dan memperlekehkan Islam, ada pakcik dan makcik beristighfar dan begerak lalu dari situ. Klik pautan ini untuk tonton video Anwar:



Monday, 10 February 2014

~Anwar Ibrahim hina lagu WARISAN 'Anak Kecil Main Api'..!?!

~

Anwar melakar sejarah yang akan diingati sampai selamanya sebagai 'Pengkhianat Bangsa' dengan menghina lagu Tan Sri Nordin Kardi "Anak Kecil Main Api" dalam Dinner DAP...!!!


~SIAPA YANG LAYAK GANTI TEMPAT WAYTHAMORTHY..?!?

~

8 bulan lalu semasa Pengerusi Hindraf dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kita dah nyatakan kebimbangan samaada Pengerusi Hindraf ini dapat bersama sama kerajaan atau tidak. Sebab sebelum ini pemimpin Hindraf ini mengugut kerajaan dengan pelbagai perkara kononnya tidak membantu kaum India.

Tapi semasa Pengerusi Hindraf menjadi pengerusi adakah beliau membangunkan dan memartabatkan bangsa India.??  Tidak bukan? Waytha kelihatan seperti mementingkan diri sendiri..Tiada langsung ura ura bahawa beliau mampu menyatupadukan orang India..

Aku berikan contoh terbaik salah seorang aktivis kaum India yang banyak membantu dan mempertahankan hak orang India dalam NGO. Saudara Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial , suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara , tak kira apa isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang , beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan.

Ini sekaligus akan menarik minat bangsa India untuk menyokong kerajaan dan seterusnya menyertai MIC. MIC kena open, semua orang India kena bersatu dibawah MIC.


Kata Ramesh, disebabkan ramai dari kalangan orang Tamil dalam MIC maka dia kata memang sudah patut Tuan Presidennya dilantik dari kalangan orang Tamil. Tiada syak lagi katanya tentang itu. Tetapi India adalah terdiri dari ramai bangsa, seperti Telugu, Malayalam, Ceylonis, Punjabi dan India Muslim (Mamak).Maka kata Ramesh ni tadi elok la dilantik 5 orang Timbalan Presiden atau Naib Presiden dari kalangan bangsa-bangsa yang disebut diatas.

Kalau MIC masih ditakuk lama, maka akan makin banyaklah NGO dan parti-parti kaum India yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di negara kita.

Sedih tengok parti orang India ni gagal. Kepada pemimpin MIC terimalah cadangan Ramesh Rao yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial ini.Itu antara kata-kata Ramesh Rao dalam isu menyatupadukan masyarakat India sekaligus membantu membangunkan dan memartabatkan masyarakat India.

Aku tertarik dengan status dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar saudara Ramesh Rao dilantik mengantikan Waytha dalam memperjuangkan nasib masyarakat India dan menyatupadukan sesama rakyat di Malaysia kerana beliau dilihat lebih ikhlas menegur kerajaan dan pembangkang dalam satu-satu isu. Saudara Ramesh juga lebih dekat dengan masyarakat Marhaen dan lebih memahami cara uuntuk membantu masyarakat India dan rakyat Malaysia demi perpaduan sesama kaum.