Jom Follow..

Wednesday 28 May 2014

Video Eksklusif: Golongan Belia Kaum India perlukan perhatian sewajarnya..!?! #PRKTelukIntan

Rintihan dan keinginan yang diluahkan oleh Remaja kaum India ini adalah mewakili sebahagian besar Pengundi-pengundi Muda India di Teluk Intan yang mahukan perhatian yang sewajarnya dari mana-mana pihak calon yang bertanding dan diharap ianya bukanlah sekadar untuk memancing undi sahaja kerana golongan Remaja India ini juga yakin dengan pihak yang mampu memberikan yang terbaik kepada mereka seperti kenyataan berikut..


Tuesday 27 May 2014

Calon DAP #PRKTelukIntan pertikai kredibiliti Tun Mahathir sebagai seorang Doktor..!?!


Dalam satu siri ceramah #PRKTelukIntan, Dyana Sofya turut pertikai kredibiliti Tun Mahathir sebagai seorang Doktor apabila dirinya dikatakan tidak layak sebagai seorang Peguam sebagaimana kata-kata beliau di Video berikut...


Anwar Ibrahim kata Dyana Sofya cerdik sebab tak masuk UMNO..!?! #PRKTelukIntan


Dalam satu sessi ceramah semasa kempen pilihanraya #PRKTelukIntan, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Dyana Sofya seorang yang cerdik kerana tidak menyertai UMNO seperti katanya disini..


Sunday 25 May 2014

Azmin Ali Cabar Zahid Hamidi, Kata Shabery Cheek Tak Bertanggung-Jawab & Beri Amaran kepada PM Najib..!?!


Dalam sessi Ceramah DAP yang diadakan di PDM Taman Desa Aman pada 24-Mei-2014 jam 10:00 malam, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan-kenyataan Amaran kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri & Menteri Komunikasi seperti berikut...


Zulkfili Nordin Kaw Kaw Belasah Parti PAS...!?!

"Nak hudud cari UMNO, nak kerusi cari DAP? Nak Islam cari UMNO, nak politik cari DAP!"

Adakah PAS menjadi pengamal POLSAS - politik suku agama suku?

Saya melihat PRK Bkt Gelugor & PRK Teluk Intan sebagai bukti amalan POLSAS ini.

Dalam keadaan PAS sibuk mendesak Ahli Parlimen UMNO menyokong usul hudud PAS Kelantan; tetapi diwaktu yang sama mereka menyokong dan mengundi calon-calon DAP bagi PRK Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menentang hudud PAS!

Malahan PAS cukup kuat mengutuk dan mengecam mana-mana wanita Melayu Islam yang tidak bertudung, tetapi mereka menyokong dan mengundi calon DAP PRK Teluk Intan yang bukan sahaja tidak bertudung malah menentang hudud PAS!

Sebab itu saya rasa iblis sendiri pun akan menangis melihat politiking hipokrit dan melampau PAS ini! Sebab jahat-jahat iblis pun dia berterus terang dengan pendirian dia depan Allah menolak Nabi Adam a.s, sedangkan PAS mempertopengkan agama Allah untuk kepentingan politik kepartian mereka!

Baru-baru ini saya berkesempatan berjumpa seorang pemimpin kanan PAS yang juga seorang yang dikenali sebagai Ustaz. Malahan kekadang dia dikenali dan dipanggil sebagai ulamak walaupun bagi saya beliau hanya seorang penggemar nasi lemak.

Saya bertanya kepada Ustaz ini satu soalan;

"Enta desak Ahli Parlimen UMNO sokong hudud PAS, tetapi enta sokong calon DAP bagi Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menolak dan menentang hudud PAS! Bukankah ini paradoks politik dan sifat hipokrit yang sangat serius".

Jawab Ustaz ini, "hudud soal agama sheikh, PRK soal politik. Enta kena bezakan antara perlaksanaan hudud dan pilihanraya".

Saya menjawab dengan bertanya balik, "bukankah itu bermakna enta memisahkan antara agama dan politik. Hudud agama, pilihanraya politik. Ini bermakna amalan politik suku agama suku? Bukankah atas tuduhan politik suku agama suku inilah PAS mengkafirkan UMNO?".

Pada pandangan saya, inilah sikap politik hipokrit PAS yang Allah dedahkan melalui PRK Bkt Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Kalau benar perjuangan PAS berdasarkan Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang selalu dimomokkan kepada orang Melayu, sudah tentu mereka akan menentang calon DAP bagi PRK Bkt Gelugor dan Teluk Intan.

Tetapi yang pelik calon ahli PAS sendiri bagi PRK Bkt Gelugor Haji Mohamed Nabi Bux yang jelas perjuangan dia mahu membantu PAS melaksanakan hudud, bukan sahaja tidak disokong dan dibantu oleh PAS, malahan beliau dimaki dan dicaci nista.

Sampai ke peringkat PAS tidak mahu mengaku beliau sebagai ahli walaupun ada sijil keahlian yang ditandatangani sendiri oleh Almarhum Ust Fadil Nor, mantan Presiden PAS!

Sebaliknya PAS bermati-matian membantu dan menyokong Ramkarpal Singh yang terang-terang menyatakan jika dia menang menjadi Ahli Parlimen, dia tetap dengan pendirian mendiang bapanya sendiri Karpal Singh akan menentang RUU hudud PAS jika dibentangkan didalam Parlimen nanti!!!

Malah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang turut hadir menyambut Ramkarpal Singh dalam perarakan pada hari penamaan calon!

Didalam PRK Teluk Intan, secara jelas lagi sarih calon DAP yang tidak bertudung ini menegaskan bahawa jika dia menjadi Ahli Parlimen, dia sama sekali tidak akan menyokong usul RUU Hudud PAS Kelantan, malah akan menentangnya.

Sekali lagi PAS mengambil sikap menyokong dan membantu calon DAP ini untuk memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan. Malah pimpinan PAS turut sama berarak meraikan calon tidak bertudung penentang hudud ini pada hari penamaan calon!

Dan bila ditanya kepada kepimpinan PAS kenapa sokong calon DAP yang terang-terang menentang hudud, pasti mereka akan menjawab membantu DAP adalah strategi politik tahalluf siasi, melaksanakan hudud adalah kewajipan syariah.

Bantu DAP siasah, buat hudud syariah!

Bukankah itu namanya politik suku agama suku?

Adakah PAS sudah lupa Amanat Hadi yang dibuat di Kg Banggol Pradong, Kuala Terenganu pada tahun 1981? Adakah PAS lupa bahawa, "PAS menentang UMNO kerana mengamalkan politik suku agama suku".

Saturday 24 May 2014

EKSKLUSIF: Pengerusi Veteran UMNO Perak pertikai kepimpinan DAP..!?!


Datuk Haji Khalid Nasir sebagai Pengerusi Veteran UMNO Perak mempertikaikan bagaimana DAP boleh memimpin negara Malaysia sedangkan kepimpinan dalaman parti mereka sendiri bermasalah..!?!

~DS Hishamuddin gembira berjumpa MaH..!?!

Foto-foto menarik Dato' Seri Hishamuddin membawa bersama Dato' Mah Siew Keong menunggang motosikal untuk berkempen di PDM Padang Tembak di #PRKTelukIntan..!!!



Wednesday 21 May 2014

Ustaz Fathul Bari menjawab isu kenapa kita boleh memilih Pemimpin Bukan Islam di #PRKTelukIntan..!?!


WARKAH TERBUKA DARI SENIOR DYANA..!?!


~Warkah Terbuka dari Senior Dyana

"Uitm bukan milik UMNO,UiTM milik Rakyat".- kata calon DAP Teluk Intan, Dyana..

Ungkapan Calon DAP Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh Pemimpin Tertinggi DAP. Bezanya dahulu Cina yang ungkapkan dan sekarang Melayu yang ungkapkan..mesej yang dibawa tetap sama iaitu ingin Menghapuskan Keistimewaan Melayu. Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu.

Saya adalah salah seorang dari ratusan ribu bekas pelajar UiTM. Saya terpanggil untuk menyatakan kepada semua terutamanya kepada bekas pelajar UiTM Adik Dyana bahawa UiTM bukan Milik UMNO tetapi UITM SEBENARNYA MILIK MELAYU dan UMNO adalah parti yang memperjuangkannya.

Saya pernah beritahu kepada rakan (bekas pelajar UiTM) dan adik-adik yang sedang menuntut ungkapan UITM ini adalah Untuk Islam, (untuk) Tanah Melayu... Universiti Ini Tolong Melayu...Universiti Ini Tempat Melayu..

Anak Melayu tidak kira fahaman politik menuntut dalam pelbagai jurusan di UiTM. Yurannya berbeza dengan Universiti lain. Suasana pengajian berbeza dengan Universiti lain. Penerapan agama berbeza dan pendekatan semangat Melayu juga lebih dari universiti lain.

Wahai Dyana, YA, UITM bukan Milik UMNO... UITM Milik hakiki MELAYU dan UITM adalah kebanggaan Melayu.

Dyana, kamu muda lagi... usia kamu sedang meningkat. Bila kamu bergaul 23 jam besama Cina DAP. Kamu akan mudah terpengaruh dik. Jadi bergaul juga dengan Melayu.. Ingat Dik, Misi DAP adalah hapuskan keistimewaan Bangsa Kita Dik. Ingat ya.

Dik Dyana. Kena ingat pemimpin tertinggi DAP pernah kata Melayu Adalah Pendatang.. DAP tetap dan konsisten pecah belahkan Bangsa Kita Melayu. DAP pengaruhi pemimpin PAS dalam bab penghinaan pada Nabi Muhammad SAW sehingga ada pemimpin PAS berkata Muhammad (Rasulullah) adalah sama dengan Muhammad atau Mamat Kampung. DAP pernah pecah belahkan Islam dan Melayu melalui isu Kalimah Allah. DAP pernah mengharamkan sambutan Maulidurasul di Pulau Pinang..DAP pernah "sound" supaya tiada laungan Azan...

Tuesday 20 May 2014

masihkah anda ingat dengan Pepatah "Don't Judge A Book By It's Cover"..?!!


Dyana Sofya bersedia untuk majlis pengkebumian UiTM..!?! 31-Mei-2014


DYNA SOFYA BINTI MOHD DAUD
KPT : 871229-08-6484
ALAMAT : NO. 98, JALAN JASA 41, TAMAN RINI HILL, MUTIARA RINI 81300 SKUDAI JOHOR.
PEKERJAAN : SETIAUSAHA POLITIK
TEL : 012-3179775

Dyana Sofya Graduan Melayu UiTM masuk DAP demi perjuangkan cita cita Kit Siang.!?


1.Dyana Sofya berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya.

2.Akan tetapi, Dyana Sofya yang berasal dari graduan undang-undang UiTM ini telah tekad untuk memasuki DAP untuk memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera". Dyana Sofya tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai.

3.Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu ipta seperti UiTM perlu diwujudkan khas untuk kaum cina juga. Dyana berkata: "golongan cina perlu ada peluang sama seperti orang Melayu, 12 ipta yang dibuka untuk kaum cina adalah tidak mencukupi, seharusnya UiTM juga perlu dibuka atau pun perlu membina khas ipta utk kaum cina sahaja"

4.Dyana menambah: "saya merasakan tidak adil mengapa orang Melayu Bumiputera dapat membayar yuran rendah dari kaum cina. Lim Kit Siang pernah menitiskan air mata bercerita tentang ini dan oleh itu saya harus memperjuang serta menghapuskan perkara ini"

5.Lim Kit Siang merasakan kemasukkan Dyana Sofya membuatkan kenangan dan sejarah politik dirinya selama 48 tahun bertambah manis. Lim Kit Siang sendiri dengan bangganya telah membuat satu sidang media khas untuk mengumumkan bahawa Dyana Sofya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang yang akan menguruskan segala hal berkaitan Parlimen Gelang Patah.

6.Lim Kit Siang berkata: "Dengan kemasukkan Dyana Sofya, saya dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu berbakti pada DAP. UMNO selalu bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Saya menjawab suda tentu lah DAP akan menjaga orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu” jelas Lim Kit Siang hasil pilihan Melayu Gelang Patah.

7.Dyana Sofya pula berpendapat: “Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang hasil usaha Lim Guan Eng. Buktikan kepada saya dimana orang miskin di Pulau Pinang? Sudah tentu jawapannya tiada. Jawapan yang saya ambil ini ditunjuk sendiri data oleh Lim Guan Eng bahawa orang Melayu disana tidak ada yang miskin, dan saya percaya perkara ini."

#PRKTelukIntan

PERLU BACA: Hak Istimewa Orang Melayu - 5 Justifikasi Kukuh Sejarah & Moral.!!

Lima justifikasi kukuh sejarah dan moral berkenaan ‘hak istimewa orang bumiputera khasnya Melayu’.

"Pertama, peranan orang Melayu adalah memberi identiti kepada kawasan ini –“the role of identity giving’. Sebab orang Melayulah maka tempat ini dipanggil ‘Kepulauan Melayu’, ‘Tanah Melayu’ atau kemudiannya ‘Malaysia’. Tanpa peranan ini kita tidak ada identiti. A nation without an identity, is not a nation. A person without a nation is lost. Sebab itu kita ada passport, surat beranak dan kad pengenalan.

Kedua, orang Melayu yang beragama Islamlah, bukan sahaja telah memberi identiti tetapi membawa tamadun antarabangsa ke rantau ini. Orang asli yang asal, walaupun mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri, namun 'they did not create a civilization of international nature', sebuah tamadun yang bertaraf antarabangsa yang menyatukan antara orang Minang, Jawa, Banjar, Bugis, Kelantan, Johor dan sebagainya dengan satu bahasa (Melayu) dengan satu agama (Islam). Di peringkat antarabangsa, tamadun ini menghubung kepulauan ini dengan India, Turki, China dan Afrika melalui Islam dan sebagainya.

Ketiganya, setiap darah yang tumpah; di laut, disungai, di pasir dan di bukit, demi mempertahankan rantau ini daripada orang Siam, orang Portugis, komunis, British dan Jepun, kebanyakannya adalah darah orang Melayu dan Islam – 'to protect and preserve factor'. Bukan orang lain."

Keempat, seterusnya bila British membawa orang India dan Cina datang ke sini, para nasionalis Melayu hanya menentang British, mereka tidak mengganggu gugat orang Cina dan India. Malah mereka menjadi tuan rumah (host) yang mesra. Mereka menjadi pelanggan (customer) kepada penjual-penjual Cina dan India dan menjadi jiran-tetangga yang baik. Kalau orang Melayu Muslim tidak memerintah yang baik, dan tidak menjadi pelanggan yang baik maka orang-orang Cina dan India tidak boleh menjadi peniaga yang berjaya sebab majoriti pelanggan adalah orang Melayu.

Ini adalah dari sudut moral, kalau orang Melayu tidak bermoral sebagai pentadbir-pelanggan dan jiran-tetangga, orang Cina dan India tidak boleh berjaya kerana orang Melayu akan memeras, mengganggu, merompak dan sebagainya.

Kelima, nasionalis Melayu tidak mengikis hak hak tabi'i bangsa lain seperi agama, bahasa dan kebudayaan mereka. Jarang jarang sekali kita dengar atau kita baca berita tentang sekolah, rumah, kuil atau perniagaan orang orang Cina atau India diceroboh semata mata kerana perbezaan bangsa dan agama mereka. Jarang jarang sekali kita terdengar orang orang Cina atau India baik lelaki mahupun perempuan dibelasah atau perkosa semata mata kerana perbezaan kaum atau agama. Jika berlakunya jenayah, perlakuan tersebut bukan didorong sikap yang membencikan sesuatu kaum atau agama tetapi sifat jahat yang asli.

(Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud (CASIS) dlm membahaskan 'Hak Bumiputera' Rujukan m/s 12-13, Monograf Siri 6 Wacana Ilmiah 'Pembangunan di Malaysia Kearah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna', terbitan INMIND (2002).)

Perancangan DAP dengan Pelan Pantai Barat hampir berjaya.!?!


Friday 2 May 2014

Rahsia BESAR yang anda perlu tahu kenapa mereka Bantah GST..!?!


Ada seorang sahabat yang pernah bekerja di Accounting & Audit Firm bagitahu setiap kali bila hujung tahun akan ramailah Tokey-tokey Kilang (aku taknak sebut la bangsa apa tapi korang pikirla sendiri) yang akan suruh Firma Audit ni adjust keuntungan syarikat mereka untuk bayar Cukai paling rendah sebagai contoh kalau sepatutnya mereka kena bayar RM1Ribu tapi bila dah adjust baik punya akhirnya cuma bayar RM100 sahaja... maka sebab itulah bilamana Cukai SST nanti dah mansuh dan tukar kepada Cukai GST, puak2 yang berkenaan takut akan kena cukai tinggi nanti dan untuk sebab itulah makanya sekarang mereka sanggup keluar modal mengupah ramai beruk2 & macai yang berkenaan untuk #BantahGST.

PAS dengan PKR bergaduh sbb Bantah GST..!?!


~macam Tak Percaya la plak..!!!

Thursday 24 April 2014

HIMPUNAN MENYOKONG PERBUATAN LIWAT ANWAR IBRAHIM TETAP AKAN DIADAKAN PADA 1 MEI..!?!


HADIS RIWAYAT ANWAR IBRAHIM..!?!

“Rasulullah SAW sedang bicara bersama sahabat. Ada jenazah yahudi yang semasa hayatnya memusuhi Islam, baling najis kepada Nabi. Maki hamun.

“Kemudian bila jenazah (Yahudi tersebut) dibawa depan Rasulullah, Baginda bangun, tunduk dan berhenti bercakap.

- hadis riwayat Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR 21 APR



FITNAH DAN PR @ PR DAN FITNAH - TIADA PR TIADA FITNAH..!?!