Jom Follow..

Tuesday 18 February 2014

~ Masalah Dalaman PKR Senjata Utama BN..!?!

SHAH ALAM: Masalah dalaman PKR serta isu peletakan jawatan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh akan menjadi senjata utama kempen BN dalam PRK Dun Kajang.
Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, BN akan cuba menggunakan isu tersebut
sebagai kempen terhadap rakyat dan pengundi di Kajang.
“Masalah pokok di Dun Kajang ialah isu peletakan jawatan yang diambil mudah oleh PKR semata-mata kerana ingin memberi ruang seseorang yang berhasrat menjadi menteri besar.
“Jika BN berjaya merasionalisasikan dan menyedarkan rakyat bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh PKR, maka pengundi akan berfikir dua kali untuk memilih parti itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 20 peratus pengundi atas pagar akan memihak kepada BN sekiranya parti itu berjaya menyedarkan pengundi tentang isu ini di dalam kempen.

Katanya lagi, isu ini juga akan memberikan kesan besar terutama kepada penyokong Pas untuk tidak memihak kepada PKR dan menyokong BN.
“Pengundi sekarang dah bijak, mereka mampu berfikir. Ini bukan pertama kali PKR melakukan perkara sebegini.
“Jadi mungkin akan timbul beberapa kemungkinan dan kejutan, saya juga tidak menolak kemungkinan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tewas tipis," katanya.
Namun beliau berkata, kemungkinan Anwar menang adalah melebihi 50 peratus kerana majoriti 6, 000 undi dalam PRU13 sebelum ini memihak kepada PKR.
"Peratusan masih memihak kepada Anwar, namun ia tidak menjadi penghalang kepada BN untuk memberi saingan sengit dan kemungkinan untuk BN menang itu dalam politik sentiasa ada," katanya.
- Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/politik/masalah-dalaman-pkr-senjata-utama-bn-1.251951

No comments:

Post a Comment