Jom Follow..

Thursday 20 March 2014

~ Kepakaran KOMANDO ATM dihantar mengesan Pesawat MH370..!?!

Keputusan ini dinantikan GPB dalam Operasi SAR MH370 yang sudah memasuki hari ke 12 bila MINDEF sudah bagi Green Light arahkan sekumpulan komando elit ATM dihantar membantu operasi .

Kalau disebut Komando sudah tentunya dihantar mungkin dari GGK iaitu pasukan khas naungan ATM kerana ia ditugaskan mengesan di kawasan Koridor Utara iaitu meliputi negara India , Kazakstan , Pakistan & lain-lain . Lokasi dituju dalam misi ini sudah tentunya rahsia kerana membabitkan keselamatan.

Walaupun beberapa negara di koridor utara mendakwa gagal mengesan pesawat MH370 memasuki ruang udara mereka contohnya India , penghantaran pasukan komando ini dibuat sejurus selepas taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara .



GPB tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung taklimat tergempar ini tetapi sebagai rakyat kena yakinlah dengan usaha kerajaan & pasukan keselamatan kita.

Kadang-kadang ada perkara yang tak boleh diberitahu kerana ia boleh ganggu operasi selain menambah lagi kerisauan ahli keluarga penumpang . 




Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.
“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.

Sabtu lalu PM memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. - hmetro - 

No comments:

Post a Comment