Syarikat Bekalan Air
Selangor (SYABAS) hari ini membuat keputusan ingin mengambil tindakan mahkamah
terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, kerana mengeluarkan kenyataan yang
disifatkan ‘fitnah dan tidak benar’ mengenai tanggungjawab mencegah pencemaran
sungai serta empangan.
“Pihak SYABAS ingin
menegaskan bahawa kenyataan YB Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak
berasas. Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku
adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.
“Justeru itu, pihak SYABAS
akan mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi Ramli kerana telah
menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali,” kata SYABAS
dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kenyataan media itu
dikeluarkan menerusi Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat &
Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred. Malah kenyataan Rafizi seolah-olah
menuduh SYABAS melakukan sabotaj.
“SYABAS seolah-olah membuat
serangan politik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menganggu
bekalan air yang berterusan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen
Pandan.
Antara perkara utama yang
dibidas Rafizi ialah tindakan SYABAS yang didakwanya menyalahkan faktor
semulajadi termasuk kemarau sebagai punca krisis air di negeri itu
sekarang.
Kata Rafizi, alasan SYABAS
bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan
jika berlakunya hujan tidak boleh diterima.
Rafizi turut memaklumkan
mahu membangkitkan perkara itu di sidang Parlimen akan datang selain menggesa
SYABAS mengambil tindakan secepat mungkin dengan menggunakan proses
kimia.
Rafizi berkata demikian
dalam satu sidang media berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu
11 dan Bukit Tampoi pada 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air
mentah Sungai Langat.
kredit - Semut Hitam
No comments:
Post a Comment