Pengerusi UMNO Negeri
Selangor, Datuk Seri Noh Omar melihat punca sebenar sehingga terjadinya Pilihan
Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini bukanlah kerana masalah dalaman PKR sebaliknya
ada `agenda tersirat' yang sedang diperjuangkan oleh pihak pakatan PKR-DAP- PAS
di negeri Selangor ini.
Ujarnya,
kalau ianya berkaitan dengan masalah dalaman PKR sehingga menyebabkan ada PRK,
ini menunjukkan Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang berwibawa dan tidak ada
integriti.
"Kalau
dia pemimpin yang berwibawa dan berintegriti yang juga Penasihat kepada PKR,
tidak ada sebab dia nak melibatkan rakyat, dia nak libatkan rakyat untuk
menyelesaikan masalah dalaman PKR, tidak perlu dia nak minta ADUN yang ada untuk
meletakkan jawatan.
Pergolakan
politik ini biasa, hanya ketua yang berintegriti, berwibawa dan dihormati yang
mampu untuk menyatu-padukan balik parti tanpa perlu melibatkan rakyat sehingga
mengadakan pilihan raya kecil. jadi ini semua hanya gimik politik pakatan
sahaja," ujarnya.
Tambahnya,
ini gimik, hanya untuk dijadikan alasan untuk menipu rakyat. Kenyataan demi
kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka juga tidak konsisten dalam mengulas
sebab-sebab PRK itu diadakan.
"Anwar
kata dah bincang dengan parti-parti dalam pakatan tetapi sebaliknya kenyataan
yang dikeluarkan oleh DAP dan PAS. Anwar Ibrahim sendiri pun, sentiasa
berdolak-dalik. Kejap kata nak jadi Menteri besar, kejap kata Khalid akan kekal
Menteri Besar. Dulu pun dia kata dia bukan calon, tapi dalam masa yang sama,
Khalid umum Anwar akan wakili PKR di Kajang.
Jadi
ini menunjukkan bahawa PRK ini hanya untuk memuaskan hawa nafsu politik Anwar
Ibrahim, yang mungkin juga ada kaitan dengan kes mahkamahnya sepertimana yang
kita tahu. Dulu pun pernah berlaku sewaktu kes dia di Mahkamah Tinggi, pada masa
itu dia buat PRK juga, Wan Azizah letak jawatan di Parlimen Permatang Pauh.
Jadi,
saya nampak ia ada kaitan, agenda peribadi untuk mengalihkan perhatian apa yang
berlaku di mahkamah dengan membuktikan bahawa dia merupakan pemimpin yang
disukai oleh rakyat. itu sahaja agenda dia, bukannya untuk menyelesaikan masalah
dalam PKR," tambahnya lagi.
kredit untuk : Sahabat Gunung http://networkedblogs.com/TRX9r
No comments:
Post a Comment