8 bulan lalu semasa Pengerusi Hindraf dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kita dah nyatakan kebimbangan samaada Pengerusi Hindraf ini dapat bersama sama kerajaan atau tidak. Sebab sebelum ini pemimpin Hindraf ini mengugut kerajaan dengan pelbagai perkara kononnya tidak membantu kaum India.
Tapi semasa Pengerusi Hindraf menjadi pengerusi adakah beliau membangunkan dan memartabatkan bangsa India.?? Tidak bukan? Waytha kelihatan seperti mementingkan diri sendiri..Tiada langsung ura ura bahawa beliau mampu menyatupadukan orang India..
Aku berikan contoh terbaik salah seorang aktivis kaum India yang banyak membantu dan mempertahankan hak orang India dalam NGO. Saudara Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial , suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara , tak kira apa isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang , beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan.
Ini sekaligus akan menarik minat bangsa India untuk menyokong kerajaan dan seterusnya menyertai MIC. MIC kena open, semua orang India kena bersatu dibawah MIC.
Kata Ramesh, disebabkan ramai dari kalangan orang Tamil dalam MIC maka dia kata
memang sudah patut Tuan Presidennya dilantik dari kalangan orang Tamil. Tiada
syak lagi katanya tentang itu. Tetapi India adalah terdiri dari ramai bangsa,
seperti Telugu, Malayalam, Ceylonis, Punjabi dan India Muslim (Mamak).Maka kata
Ramesh ni tadi elok la dilantik 5 orang Timbalan Presiden atau Naib Presiden
dari kalangan bangsa-bangsa yang disebut diatas.
Kalau MIC masih ditakuk
lama, maka akan makin banyaklah NGO dan parti-parti kaum India yang tumbuh
seperti cendawan selepas hujan di negara kita.
Sedih tengok parti orang
India ni gagal. Kepada pemimpin MIC terimalah cadangan Ramesh Rao yang juga
merupakan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial ini.Itu antara kata-kata Ramesh
Rao dalam isu menyatupadukan masyarakat India sekaligus membantu membangunkan
dan memartabatkan masyarakat India.
Aku tertarik dengan status dari page
Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar saudara Ramesh Rao
dilantik mengantikan Waytha dalam memperjuangkan nasib masyarakat India dan
menyatupadukan sesama rakyat di Malaysia kerana beliau dilihat lebih ikhlas
menegur kerajaan dan pembangkang dalam satu-satu isu. Saudara Ramesh juga lebih
dekat dengan masyarakat Marhaen dan lebih memahami cara uuntuk membantu
masyarakat India dan rakyat Malaysia demi perpaduan sesama kaum.
No comments:
Post a Comment