Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan satu langkah penyelarasan
pemberian subsidi dengan mengubah dasar pemberian iaitu daripada subsidi pukal
kepada bersasar bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil.
Penyelarasan tersebut perlu
dilakukan kerana pelaksanaan subsidi ketika ini dilihat terdedah kepada
pembaziran dan ketirisan termasuk dinikmati golongan yang tidak sepatutnya
seperti pelancong dan pekerja asing.
Contohnya petrol RON95, setiap
liter ada 63 sen subsidi oleh kerajaan. Bayangkan beza pengguna kereta
berkapasiti rendah dan tinggi yang menikmati subsidi petrol yang sama. Mana
adilnya? Tidak adil.
Jadi harus ubah dasar itu daripada subsidi pukal
kepada bersasar. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ialah contoh subsidi bersasar. Kurangkan subsidi pukal berperingkat-peringkat dan
pindahkan penjimatan itu kepada rakyat melalui BR1M,
Nilai yang diterima oleh
rakyat pada BRIM 3.0 adalah berjumlah RM700 dimana RM650 dibayar secara tunai
dan perlindungan insurans kepada semua pemohon BR1M bernilai
RM50. Perlindungan insurans tersebut menjanjikan pampasan
bernilai RM30,000 sekiranya seseorang itu meninggal dunia akibat
kemalangan.
BR1M kali ini telah dinaikkan daripada RM500 sebelum ini
kepada RM700 yang mana RM650 dibayar secara tunai melalui akaun bank atau
baucer manakala RM50 lagi untuk insurans takaful.
Sekiranya pemohon
meninggal dunia, pampasan bernilai RM1000 akan diterima dan sekiranya pemohon
meninggal dunia kerana kemalangan waris akan menerima pampasan bernilai
RM30,000,
Kaedah pemberian baru menggunakan
akaun bank ini merupakan satu kaedah yang dapat meringankan beban rakyat selain
dapat memendekkan masa bagi menyelesaikan bayaran kepada semua
pemohon.
Hampir 7 juta penerima telah menerima bantuan tersebut dan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.5 Bilion pada BR1M
kali ini.
2. Pemberian BR1M mengikut Syariat Islam.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras
dengan syariat Islam seperti sepotong hadis yang berkata Islam menggalakkan umatnya
membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan
beban hutang.
“Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah
siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling
dicintai Allah. Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak
memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas
hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan
untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama
sebulan di masjid”
i-BR1M menyediakan nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.
No comments:
Post a Comment