SHAH ALAM: Masalah dalaman PKR serta isu peletakan jawatan bekas Adun
Kajang Lee Chin Cheh akan menjadi senjata utama kempen BN dalam PRK Dun
Kajang.
Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah,
Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr
Shamsul Adabi Mamat berkata, BN akan cuba menggunakan isu tersebut
sebagai kempen terhadap rakyat dan pengundi di Kajang.
sebagai kempen terhadap rakyat dan pengundi di Kajang.
“Masalah pokok di Dun Kajang ialah isu peletakan
jawatan yang diambil mudah oleh PKR semata-mata kerana ingin memberi ruang
seseorang yang berhasrat menjadi menteri besar.
“Jika BN berjaya merasionalisasikan dan
menyedarkan rakyat bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh PKR, maka
pengundi akan berfikir dua kali untuk memilih parti itu,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan
bahawa 20 peratus pengundi atas pagar akan memihak kepada BN sekiranya parti itu
berjaya menyedarkan pengundi tentang isu ini di dalam kempen.
Katanya lagi, isu ini juga akan memberikan kesan besar terutama kepada penyokong Pas untuk tidak memihak kepada PKR dan menyokong BN.
“Pengundi sekarang dah bijak, mereka mampu
berfikir. Ini bukan pertama kali PKR melakukan perkara sebegini.
“Jadi mungkin akan timbul beberapa kemungkinan
dan kejutan, saya juga tidak menolak kemungkinan calon PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan tewas tipis," katanya.
Namun beliau berkata, kemungkinan Anwar menang
adalah melebihi 50 peratus kerana majoriti 6, 000 undi dalam PRU13 sebelum ini
memihak kepada PKR.
"Peratusan masih memihak kepada Anwar, namun ia
tidak menjadi penghalang kepada BN untuk memberi saingan sengit dan kemungkinan
untuk BN menang itu dalam politik sentiasa ada," katanya.
- Sinar
Harian
http://www.sinarharian.com.my/politik/masalah-dalaman-pkr-senjata-utama-bn-1.251951
http://www.sinarharian.com.my/politik/masalah-dalaman-pkr-senjata-utama-bn-1.251951
No comments:
Post a Comment