Jom Follow..

Wednesday 2 April 2014

~ Apa ada pada nama? Parti Keadilan TAPI Tak Adil Kepada Rakyat dan Ahli Partinya sendiri..!?!

Tak Perlu Hairan, Sistem Keadilan Pun Anwar Tak Hormat – Dr Hanafiah

KUALA LUMPUR, 2 April – Apa yang nak dihairankan dengan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden PKR bagi menentang isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedangkan sikapnya yang seringkali bertindak bertentangan dengan undang-undang bukanlah perkara yang baru, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Madya Dr. Hanafiah Harun.

Ujar beliau, apabila seseorang yang tidak menghormati undang-undang melakukan sesuatu tindakan maka tentunya dia tidak akan endah kepada sebarang perundingan, sistem atau organisasi kerana tentunya individu terbabit akan memanipulasikan undang-undang yang ada untuk kepentingan dirinya sendiri.

“Sepanjang menjawat ketua pembangkang dan juga Ketua Umum PKR, apakah budi atau sumbangan Anwar yang boleh dibanggakan selain daripada pelbagai perkara yang hanya dicetuskan bagi mewujudkan populariti ke atas dirinya sendiri,” katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau merujuk kepada tindakan Anwar yang mencalonkan dirinya bertanding jawatan presiden PKR sedangkan dalam masa yang sama beliau berdepan risiko hilang kelayakan jika menang disebabkan hukuman penjara lima tahun dihadapinya atas sabitan kes liwat.
Ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 9A (1)(b) Akta Pertubuhan (ROS) 1966 iaitu seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun. 

“Tindakan Anwar yang tetap mahu bertanding jawatan tertinggi parti terbabit seolah-olah ingin mencabar ROS walhal beliau telah mengetahui segala kesan dan natijah yang akan dihadapi sekiranya perancangannya diteruskan juga. “Tindakan Anwar ini adalah ‘beraja di mata bersultan di hati’ yang mana mengibaratkan dirinya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan seakan ingin menggambarkan kepada masyarakat bahawa pelbagai insiden yang berlaku adalah hasil daripada konspirasi politik pihak tertentu.”

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyorot kembali pelbagai perkara yang membabitkan Anwar sehinggakan banyak berlaku kekeliruan dan mengundang keresahan masyarakat. “Bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang dijadikan sebagai batu loncatan untuk beliau masuk ke Parlimen sehinggalah yang terbaru PRK Kajang juga menjadi satu lagi sandiwaranya dalam memastikan cita-cita politiknya tercapai walhal beliau amat arif berkaitan perundangan dan keadilan sebenar.
“Bukan itu sahaja, beliau turut menggunakan rakyat sebagai alternatif dengan harapan kerajaan yang ada sebagaimana hari ini tumbang dan kucar-kacir melalui pelbagai demostrasi atas nama reformasi, Bersih, Bangkit, Bantah dan macam-macam lagi dicetuskan namun alhamdulillah kerana kesemuanya dapat ditangani,” katanya.

Ujarnya, sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi sememangnya benar bahawa mereka berhak memilih namun malangnya cerita yang ditaburkan oleh Anwar adalah palsu dengan Wan Azizah selaku Presiden PKR pula seakan-akan bisu untuk menolak pelbagai dakwaan negatif yang dibuat oleh suaminya sendiri.

“Apa yang saya lihat, ahli-ahli PKR ibarat manusia yang terpesona dengan cerita-cerita yang ditaburkan oleh Anwar sehinggakan mereka sendiri gagal mengadili dan melakukan penilaian antara Anwar, PKR dan kepimpinannya berbanding dengan Barisan Nasional (BN), UMNO serta sumbangan kerajaan selama ini.”
Jelas beliau lagi, politik Anwar berteraskan matlamat menghalalkan cara termasuklah dalam pemilihan PKR itu sendiri yang mana tentunya dia telah mempunyai jawapan atas segala tindakan yang dibuat walaupun secara jelas bertentangan dengan undang-undang, adab dan tatsusila kewajaran manusia.

“Apabila anggota PKR itu sendiri menerima pencalonan Anwar untuk bertanding jawatan yang sama dengan isterinya, maka ini menunjukkan parti itu sendiri tidak mempunyai nilai dan tidak menghormati perundangan dan prinsip yang diwujudkan sebagai aturan dalam kehidupan manusia.

“Ini adalah sama dengan tindakan Anwar dalam berdepan kesalahan liwat yang dihadapinya dengan individu secara personal namun sehingga kini beliau menyalahkan UMNO dan kerajaan atas dakwaan konspirasi politik.”


Tambahnya lagi, dalam hal berkaitan undang-undang ini adalah lebih baik sekiranya Anwar mengambil iktibar dari rakan sekutunya iaitu Karpal Singh yang melepaskan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP lantaran sedar dengan kaitan sabit kesalahan di mahkamah dengan jawatan politik yang disandang. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment