Jom Follow..

Thursday 23 April 2015

Wan Azizah perlu mohon maaf dari PAS..!?! #PRKPermatangPauh


"Dia kena minta maaf kepada PAS sebab kesilapannya di situ ialah menolak hudud" kata Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan bahawa mereka tetap bertegas dengan keputusan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan pada Ahad, apabila mereka meluluskan usul membuat dua tuntutan itu kepada Dr Wan Azizah. 
Katanya lagi "Kami akan mengekalkan pendirian kami sehingga permintaan kami dipenuhi atau sehingga arahan diberi presiden kami," selepas mesyuarat kawasan itu malam tadi, yang berakhir selepas tengah malam di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Ditanya sama ada kawasan itu akan mengikut jejak Pemuda PAS negeri yang tidak akan menghadiri pengumuman calon PKR esok dan hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) pada Sabtu, Omar berkata, mereka memutuskan untuk "bersama sayap kanan parti itu, termasuk sayap Pemuda". Bagaimanapun, Omar berkata kawasan itu bukan memboikot PRK Permatang Pauh yang tempoh kempennya akan bermula selepas penamaan calon pada 25 April ini. 

No comments:

Post a Comment