Jom Follow..

Thursday, 27 February 2014

~ Hakikat Sebenar BR1M yang diibaratkan seperti Hampas Kelapa..!?!

1. BR1M adalah langkah selaras Subsidi Pukal kepada Subsidi Bersasar. 
Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan satu langkah penyelarasan pemberian subsidi dengan mengubah dasar pemberian iaitu daripada subsidi pukal kepada bersasar bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil.

Penyelarasan tersebut perlu dilakukan kerana pelaksanaan subsidi ketika ini dilihat terdedah kepada pembaziran dan ketirisan termasuk dinikmati golongan yang tidak sepatutnya seperti pelancong dan pekerja asing.

Contohnya petrol RON95, setiap liter ada 63 sen subsidi oleh kerajaan. Bayangkan beza pengguna kereta berkapasiti rendah dan tinggi yang menikmati subsidi petrol yang sama. Mana adilnya? Tidak adil.

Jadi harus ubah dasar itu daripada subsidi pukal kepada bersasar. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ialah contoh subsidi bersasar.  Kurangkan subsidi pukal berperingkat-peringkat dan pindahkan penjimatan itu kepada rakyat melalui BR1M,

Nilai yang diterima oleh rakyat pada BRIM 3.0 adalah berjumlah RM700 dimana RM650 dibayar secara tunai dan perlindungan insurans kepada semua pemohon BR1M bernilai RM50. Perlindungan insurans tersebut menjanjikan pampasan bernilai RM30,000 sekiranya seseorang itu meninggal dunia akibat kemalangan.

BR1M kali ini telah dinaikkan daripada RM500 sebelum ini kepada RM700 yang mana RM650 dibayar secara tunai melalui akaun bank atau baucer manakala RM50 lagi untuk insurans takaful.

Sekiranya pemohon meninggal dunia, pampasan bernilai RM1000 akan diterima dan sekiranya pemohon meninggal dunia kerana kemalangan waris akan menerima pampasan bernilai RM30,000,

Kaedah pemberian baru menggunakan akaun bank ini merupakan satu kaedah yang dapat meringankan beban rakyat selain dapat memendekkan masa bagi menyelesaikan bayaran kepada semua pemohon.

Hampir 7 juta penerima telah menerima bantuan tersebut dan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.5 Bilion pada BR1M kali ini.

2. Pemberian BR1M mengikut Syariat Islam.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam seperti sepotong hadis yang berkata Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.

“Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah. Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid” 



3. Manfaat Insuran i-BR1M seperti Perlindungan akibat Kematian Biasa dan Kemalangan serta Hilan Upaya Kekal.
i-BR1M menyediakan nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.









































~ Tun Mahathir menjawab isu beliau dituduh sebagai Anti Hadis..!?!

1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
 15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Tuesday, 25 February 2014

~ Hadi Awang kena Saman RM2 Juta tu..!?!


Zaid mempersoalkan sikap Anwar yang berdiam diri dalam isu berkenaan.

“Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong PR?.

“Saya tidak berhasrat mempersoalkan keputusan mahkamah tinggi, namun saya percaya tidak semua perkara harus diselesaikan menerusi saluran undang-undang. Bagaimanapun, sebagai peguam, (saya akui) tiada halangan kepada sesiapa termasuk wakil PKR untuk mengemukakan saman atas kenyataan umum yang dibuat oleh Presiden Pas,” katanya.



Calon Bebas yang akan menentang Anwar pada PRK Kajang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Ketua Umum PKR itu tidak berbuat demikian, ia hanya akan menyerlahkan keangkuhan PKR terhadap sekutunya, Pas.

“Dari segi moral, tindakan calon PKR di Terengganu (pada PRU13) menyaman Presiden Pas hanya menunjukkan kecelaruan jelas dalam kerjasama parti komponen PR.

"Namun, pada saya, isu ini tidak harus dilihat secara sempit kerana ianya lebih besar, iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan serius PKR dengan Pas,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul.

- kredit kpd networkedblogs

Friday, 21 February 2014

~ Karpal Singh bersalah terhadap Sultan Perak..!?!



~ Sorry! Teresa Kok Lupa nak Touch-Up..!?!


~ ada yang nak kena pelempang 'back-hand' plak ni kut..?!?

~ SYABAS saman Rafizi..!?!

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini membuat keputusan ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan ‘fitnah dan tidak benar’ mengenai tanggungjawab mencegah pencemaran sungai serta empangan.

“Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan YB Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak berasas. Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

“Justeru itu, pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali,” kata SYABAS dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan media itu dikeluarkan menerusi Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred. Malah kenyataan Rafizi seolah-olah menuduh SYABAS melakukan sabotaj.

“SYABAS seolah-olah membuat serangan politik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menganggu bekalan air yang berterusan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Antara perkara utama yang dibidas Rafizi ialah tindakan SYABAS yang didakwanya menyalahkan faktor semulajadi termasuk kemarau sebagai punca krisis air di negeri itu sekarang.

Kata Rafizi, alasan SYABAS bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan jika berlakunya hujan tidak boleh diterima.

Rafizi turut memaklumkan mahu membangkitkan perkara itu di sidang Parlimen akan datang selain menggesa SYABAS mengambil tindakan secepat mungkin dengan menggunakan proses kimia.


Rafizi berkata demikian dalam satu sidang media berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi pada 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat.

kredit - Semut Hitam

Thursday, 20 February 2014

~ Simbah Cat Sendiri ke..!?!

~kredit kpd Papa Gomo.

~ Waythamoorthy mahu RM750juta terus kepada beliau..!?!

BEKAS timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan.

Memetik sumber-sumber kerajaan, jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.
“Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan,” kata sumber itu.

Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy yang juga Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) ketika menjadi Timbalan Menteri turut berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.

“Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India.
“Dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan beliau,” menurut sumber-sumber kerajaan itu.


Sumber itu berkata pendekatan kerajaan untuk menangani isu kaum India adalah secara sederhana dan berperingkat-peringkat, kerana ia mengambil kira aspek praktikaliti dan sensitiviti pihak lain dalam kerajaan.

“Kerajaan memberi peruntukan RM750 juta kepada kau India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

“Kerajaan berusaha selesai isu melibatkan kaum India melalui pelbagai saluran,” katanya.

Sumber itu berkata selain itu, banyak tuntutan yang dibuat oleh Hindraf kepada kerajaan adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Barisan Nasional (BN) dan tuntutan itu sukar untuk ditunaikan.

Kenyataan itu dibuat menjawab beberapa kritikan diberikan Waythamoorthy ketika muncul dalam satu sidang media hari ini.

Waythamoorthy muncul buat kali pertama selepas kira-kira seminggu meletakkan jawatnnya dalam kabinet.

Waythamoorthy turut meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara.

Dalam sidang media yang sama, beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pembohong dan khianat kepada komuniti India.

Wathamoorthy turut menggesa Najib meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.

Sememtara itu, tweet Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di bawah mengesahkan bahawa Waythamoorthy telah membuat tuntutan dalam jumlah yang besar terus ke bawah namanya.


SEMENTARA itu Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.

Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya.

Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.

“Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri,” kata Khairy.
Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.

Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan.

Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India. – Mynewshub.my